Khamis, 19 April 2012

Definisi Muzik & Pergerakan


DEFINISI MUZIK  

¨ Menurut Campbell 1995, muzik adalah suatu seni yang tertumpu kepada aspek pendengaran.
¨ Muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan kanak- kanak prasekolah dalam bentuk elemen bunyi.
     Seni muzik adalah cetusan ekspresi perasaan atau fikiran yang hasil dan dikeluarkan secara teratur dan tersusun dalam bentuk bunyi.Perlu diingatkan bahawa bunyi (suara) adalah unsur atau elemen muzik yang paling asas.Bunyi (suara) yang baik adalah hasil gabungan atau interaksi tiga elemen utama iaitu irama,melodi dan harmoni


DEFINISI PERGERAKAN

¨ Menurut Dalcroze (1950), cara terbaik bagi kanak- kanak belajar adalah dengan “melakukan” (learning by doing).
¨ Tubuh adalah asas keseluruhan pergerakan dengan muzik.
¨ Pergerakan melalui muzik dapat dilakukan melalui pergerakan bukan lokomotor seperti tepuk tangan, petik jari dan hentak kaki.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Dan Pertumbuhan Dari Pra Lahir Hingga Lahir


Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perkembangan Dan Pertumbuhan Dari Pra Lahir Hingga Lahir.

Semulajadi
dan
Pemupukan

1.Semulajadi @ kebakaan
§  Faktor biologi amat menpengaruhi perkembangan seseorang individu.
§  Terdapat banyak ciri-ciri manusia dipengaruhi oleh keturunan
Ø Contoh : warna kulit, saiz fizikal, warna mata, jenis darah dan lain-lain.
Faktor Kebakaan : Kromosom dan  Gen

2.Pemupukan @ faktor2 persekitaran
faktor-faktor persekitaran yang memainkan peranan dalam perkembangan awal kanak-kanak:
  Pemakanan
  Kualiti persekitaran
  Rangsangan otak
  Hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibu bapa
  Peluang-peluang pembelajaran
  Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya 

 antara faktor2 yg mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan:
  1. Usia ibu yang mengandung
  2. Kesihatan ibu
  3. Amalan pemakanan
  4. Ketenangan mental dan emosi
  5. Kebersihan
  6. Riadah
  7. Pengambilan ubat atau dadah
  8. Pengambilan alkohol
  9. Cara gaya hidup ibu bapa
  10. Kesan X-ray
  11. Faktor Rh darah
 —  12. Doa dari ibu bapa

PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN

Setiap manusia akan mengalami (2) proses utama dalam mencapai kematangan iaitu proses PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN. Kanak-kanak merupakan individu yg mengalami dan menjalani proses ini dgn agak pantas dan dapat dilihat dan diukur. Di sini saya sertakan setiap
  
DEFINISI PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN:
 

PERTUMBUHAN:
Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978).

PERKEMBANGAN:
Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980).

 

” the concept of development, the orderly, durable change in a learner resulting from a combination of learning, experience, and maturation.”
Paul Eggan & Don Kauchak (1997)